Pergi seorang anak saudara
Semalam pagi lebih tepat lagi jam 10:30 pagi, anak saudaraku, Safina Binte Jaafar telah menghembuskan nafasnya yg terakhir setelah menderita sakit cancer selama 4 tahun dan telah dimasukkan ke wad ICU pada 18 April yg lepas. Keadaan Allahyarhumah Safina atau lebih dikenali sebagai Gegerl atau Girl di kalangan family terdekat bertambah critical pada hari Sabtu, 22 April 2006. Doctor yg merawatnya telah memberitahu kami bahawa harapan Gegerl utk hidup amat tipis, namun sebagai orang Islam, kami tidak berputus harap dan sentiasa berdoa & memberi semangat kepadanya.
Manusia hanya berikhtiar, Allah yg menentukan segalanya. Pada pagi Khamis, 27 April 2006 jam 10:30 pagi, Gegerl telah pergi utk selamanya dari alam fana ini, pergi yg tak akan kembali lagi, semoga segala dosanya diampunkan dan semoga rohnya disemadikan bersama orang-orang yg beriman, insya Allah.... aminnnnnn
Inna lillah wainna lillahi rajiuun......... Alfateha..........
0 Comments:
Post a Comment
<< Home